1. Doa
perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4.
Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
5.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah.
7.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan
Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa
membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
10.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
11.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah
berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.
14.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga
sembahyang dan puasanya.
15.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16.
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi
s.a.w) di dalam syurga.
18.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka